• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    FAHRIN AHMAD TERUJA SAMBUT AIDILFITRI BERSAMA ISTERI DAN ANAK SULUNG


    Aidilfitri kali ini cukup bermakna buat pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad apabila disambut bersama isteri tercinta, Elena Hani Eleas dan putera sulung mereka. Khalifa Fahrel yang kini berusia sembilan bulan adalah segala-galanya bagi pasangan ini.

    Oleh itu, Fahrin mengutamakan buah hatinya itu dalam segala hal termasuk persiapan lebaran.

    “Jika tahun lalu saya beraya dengan isteri, kali ini lebih meriah dengan adanya Khalifa.

    “Namun begitu, kami sekeluarga berasa kehilangan apabila tidak dapat beraya dengan bapa mentua yang meninggal dunia awal tahun ini,” katanya.

    Berkongsi soal persiapan, Fahrin berkata dia menyerahkan segala-galanya kepada Elena dan tidak kisah dengan apa sahaja pilihan isterinya itu.

    “Saya bukan orang yang cerewet. Bagi saya soal persiapan biarlah isteri yang putuskan. Saya ikut sahaja apa yang terbaik dan paling penting isteri dan anak gembira.

    “Saya juga tidak kisah soal pilihan warna. Jika isteri suka, saya pasti setuju,” katanya.

    Beraya di Johor Bahru, pasangan ini tidak perlu bertikam lidah lokasi mana perlu dituju dahulu kerana kedua-duanya berasal dari negeri sama.

    “Kalau pasangan lain mungkin ada yang perlu bergilir-gilir atau bermasam muka menentukan lokasi beraya, kami tiada masalah kerana kedua-dua keluarga memang menetap di Johor.

    “Seronok dapat bertemu saudara-mara kerana inilah masanya dapat berkumpul ramai-ramai. Mana yang jauh semua akan pulang ke kampung halaman dan berkongsi macam-macam cerita.

    “Kehadiran Khalifa juga akan memeriahkan lagi sambutan kami sekeluarga malah saya akan membawanya bertemu saudara-mara dan sahabat handai,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan