• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    LAGU TANGKAP LELEH MEMANG KENA DENGAN JIWA SAYA..


    Gembira hasrat menghasilkan lagu ciptaan sendiri terlaksana, penyanyi Siti Nordiana tidak menyesal dengan pelaburan yang dilakukan.

    Sebaliknya, tempoh setahun yang diambil untuk menghasilkan lagu Terus Mencintai memberi kepuasan buat penyanyi yang mesra disapa Nana ini.

    Baginya, lagu berkonsep 1990-an atau lagu ‘leleh’ sesuai dengan jiwanya, malah dapat dilihat sekarang ini lagu sedemikian menjadi ikutan ramai penyanyi baru.

    “Alhamdulillah saya berpuas hati dengan terbitnya lagu ini. Inilah lagu yang menepati jiwa saya dan tidak menyesal kerana mengeluarkan bajet sendiri.

    “Bagi saya, apabila sudah melakukan banyak pelaburan seharusnya saya menghasilkan sesuatu yang bersesuaian dengan jiwa,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan