• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    AZLAN BERI AMARAN BUAT PENGANJUR!!


    Tindakan penyanyi Azlan & The Typewriter, Azlan menyaman penganjur Konsert High Note yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada November tahun lalu, bukan untuk cari gaduh dengan sesiapa, tetapi demi menjaga nama baiknya sebagai artis dan amaran kepada mana-mana penganjur konsert supaya lebih bertanggungjawab.

    Azlan ketika ditemui berkata, dia tidak mahu kemelut itu berpanjangan apatah lagi hingga terpaksa naik turun mahkamah, namun disebabkan langsung tiada reaksi daripada penganjur yang belum menjelaskan bayaran berbaki 70 peratus, dia terpaksa mengambil tindakan menyaman pihak terbabit.

    “Industri hiburan kita ini kecil saja, jadi saya tidak suka bermusuh tetapi baki bayaran itu hak saya dan kerja saya pun sudah disempurnakan.

    “Sebelum saman, sudah berkali-kali saya berbincang dengan mereka kerana mahu perkara itu diselesaikan secara baik tetapi tidak berhasil. Apa jua cara saya akan terus menuntut hak.

    “Saya sudah berkeluarga dan ada anak, jadi kena jaga nama baik mereka. Sebab itu saya tak suka bergaduh dengan sesiapa dan tak mahu menganiaya orang tetapi dalam perkara ini saya tiada pilihan,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan