
Tahun 2014 dianggap paling bermakna buat Izreen Azminda. Meskipun terselit beberapa kisah duka, figura berusia 30 tahun ini tetap tabah mengharungi kembara hidupnya.
Jatuh bangun hanya dia yang mengerti. Di sebalik senyuman manis yang tidak pernah lekang di bibir, siapa sangka jauh di sudut hati dia menangis.
Dialah ibu, dialah bapa. Melayari kehidupan sebagai ibu tunggal sejak 9 Jun 2014, Izreen berhadapan pelbagai dugaan. Namun tidak sedikit pun aktres berbakat besar ini mengeluh sebaliknya saban hari dirinya semakin kuat.
Walaupun tidak bersuami, saya digantikan dengan seorang hero sejati, Adrian Umar yang kini berusia dua tahun. Walaupun dia dijaga ibu saya di kampung, saya akan menghubunginya setiap hari.
Sebagai ibu saya mahu berikan yang terbaik dan cuba penuhi semua pemintaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan