
Shah Alam: Ratu rock negara Ella menafikan khabar angin terbaru mendakwa kononnya dia kini hamil.
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 48, berkata, ura-ura itu adalah tidak benar sama sekali.Belum lagi buat masa ini. Mudah mudahan ya.
"Doakan yang baik-baik okey. Terima kasih," katanya secara ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, sebentar tadi.
Desas-desus mendakwa kononnya penyanyi lagu Gemilang itu kini berbadan dua diperkatakan dengan meluas secara tiba-tiba malam ini.Ia sekaligus menimbulkan teka-teki mengenai kesahihan dakwaan itu.
Khabar angin terbaru ini adalah kejadian kali kedua membabitkan dakwaan penyanyi lagenda itu hamil.
Sebelum ini, Ella pernah didakwa hamil pada sekitar lewat 2013.Ella mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Azhar Ghazali pada 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan