Pernah hangat digosipkan bercinta dengan model dan pelakon Anis Al-Idrus, aktor Sharnaaz Ahmad menegaskan wanita itu bukan kekasihnya.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 30, membuat pengakuan itu selepas melancarkan produk makanan tambahan kolagen Biogenesis miliknya, baru-baru ini.
Pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu menyifatkan hubungannya dengan Anis sekadar rakan rapat dan bukannya pasangan kekasih.
Dia bukan teman wanita saya, kami hanya rakan baik. Lagipun, saya perlu menjaga perasaan keluarga masing-masing kerana tidak mahu kenyataan yang dikeluarkan memalukan mereka nanti.
“Saya menjadikan kisah lampau sebagai iktibar dan kini lebih matang dalam berfikir kerana tidak mahu apa yang dikatakan membuatkan saya menyesal nanti,” katanya.
Tambah Sharnaaz lagi, dia selesa berkawan dengan Anis kerana wanita itu banyak memberi sokongan dan bantuan dalam kerjayanya.
“Sebagai lelaki, mestilah ada perasaan ingin berumahtangga dan sekiranya saya sudah bertemu jodoh, barulah saya akan dedahkan kepada umum,” katanya.
Dalam pada itu, Anis berkata, Sharnaaz juga sentiasa berada di sisinya pada waktu dia memerlukan.
“Walaupun ramai mengatakan dia panas baran, namun Sharnaaz sebenarnya seorang yang baik dan banyak membantu saya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan