
DEMI Rossa, penyanyi rap Joe Flizzow mengambil keputusan untuk menangguhkan penerbangannya ke London bagi memberi komitmen sepenuhnya terhadap Konsert Malam Keajaiban Cinta bersama Datuk Rossa pada 22 dan 23 Mei ini.
Tambahnya, tujuan asalnya ke London bertujuan untuk mengadakan sebuah persembahan sambil menikmati percutian bersama-sama keluarganya.
Anything for Rossa (Apa sahaja untuk Rossa). London boleh tunggu.
"Tapi peluang untuk berkongsi pentas dengan Rossa tak datang setiap hari," katanya kepada Zass usai majlis pelancaran tersebut, baru-baru ini,
Mengakui masih terkejut, Joe bagaimanapun menyifatkan kejutan itu sebagai sesuatu yang sangat menyenangkan.
Tambahan pula, katanya, Rossa mampu menerbitkan keserasian semula jadi apabila mereka bergandingan.
Sebelum ini, saya pernah bekerja dengannya menerusi lagu One Night Lover dan Katakan, tetapi ia masih belum dilancarkan kepada umum.
Apabila merakam Katakan, saya sangat kagum. Ini kerana dalam setiap take, tak ada yang boleh dibuang.
"Itu menyebabkan kami ada masalah untuk memilih take terbaik selepas sesi rakaman dan ini masalah yang baik. Kami kemudiannya memilih korus berbeza untuk setiap bahagian bagi memberi rasa yang lebih live," katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Apa Khabar menganggap kerjasama yang terjalin itu sebagai sesuatu yang sihat dan patut digalakkan dalam industri.
"Kita mungkin ada beza tapi air di cincang takkan putus, begitu juga Malaysia-Indonesia," katanya.
Harapannya, kata Joe, konsertnya bersama penyanyi seberang itu mampu menukar persepsi terhadap muzik hip hop.
Sebelum ini, apabila kami berjaya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu pun, orang masih tertanya-tanya apa yang akan kami lakukan dan adaptasi dengan susunan muzik kumpulan orkestra.
"Alhamdulillah, kami berjaya mencapai tahap yang diinginkan," katanya sambil tersenyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan