• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ELFIRA LOY DAH HAMIL?


    "Doakan yang baik-baik saja buat saya dan suami," jawapan ringkas pelakon Elfira Loy ketika menjawab desas-desus yang mengaitkan dirinya kini hamil.

    Kata Elfira, 25, setiap pasangan yang berkahwin memang mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri.

    "Sebenarnya, sejak di awal perkahwinan lagi, ramai mendoakan yang baik-baik buat saya dan suami.

    "Bagi yang berteki-teki itu, biarlah kerana mereka tetap mendoakan yang baik buat saya," katanya.

    Terdahulu, timbul desas-desus dalam kalangan warganet yang mendakwa Elfira kini hamil kerana badannya dikatakan semakin berisi.

    Menurutnya, apa yang pasti dia kini rancak mengatur semula aktiviti lakonannya dan teruja membintangi siri Salam Gang.

    "Saya sangat gembira dapat berlakon dalam siri Salam Gang ini kerana dikelilingi dengan pelakon kanak-kanak.

    "Bekerja dengan kanak-kanak ini, mengingatkan saya pada permulaan karier sebagai pelakon," katanya.

    Elfira bertemu jodoh dengan jejaka pilihannya, Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lalu.

    Terdahulu, Elfira hadir pada majlis sambutan ulang tahun ke-9 jenama hijab terulung, AlHumaira yang melancarkan koleksi istimewa Hari Raya Aidilfitri 2019 di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam ini.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan