• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    SYAMEL SUKA DIGANDINGKAN BERSAMA ERNIE ZAKRI


    Sukar menidakkan keserasian penyanyi popular Syamel dan pasangan duetnya Ernie Zakri di pentas persembahan.

    Malah, gandingan mereka juga menjadi menerusi kejayaan lagu duet Aku Cinta yang mengungguli trofi Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu ke-32.

    Bukan saja single duet, malah Syamel juga bekerjasama lagi dengan Ernie menerusi single terbaru yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

    Menurut Syameel Aqmal Mohd Fodzly, ia juga kali pertama dia menghasilkan lagu untuk penyanyi lain.

    “Selama ini, saya banyak mencipta lagu untuk album sendiri dan baru sekarang saya yakin mencipta lagu untuk penyanyi lain pula.

    “Single terbaru Ernie hasil kerjasama saya bersama komposer Omar K, Ikhwan Fattana dan John Jeevasingham,” katanya.

    Apa yang menarik, kata Syamel, ia juga menceritakan kisah hidup Ernie dan mengangkat tema kuasa wanita.

    “Lagu itu sudah siap tetapi judulnya masih dirahsiakan lagi. Mungkin ia akan dilancarkan bulan ini juga.

    “Mengenai lagu duet terbaru kami pula, ia memang ada dalam perancangan tetapi ia dijangka dihasilkan tahun depan,” katanya.

    Syamel ditemui di Kejohanan Badan Cantik Mr Sexy 2.0 2018 anjuran Fitness Inspire di Bandar Saujana Putra, baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Urusan Fitness & Health Inspire Sdn Bhd, Fahrulrazi Kassim.

    Selain Syamel, dua lagi artis popular turut membuat persembahan pada program terbabit ialah Anuar Zain dan Syafiq Farhain.

    Manakala, pertandingan membabitkan lebih 300 peserta itu dikendalikan pengacara Haziq Hussni dah Sharifah Shahirah.

    Pertandingan membabitkan tiga kategori iaitu atas 170 sentimeter, bawah 170 sentimeter, junior (bawah 23 tahun), Best Pose dan Champ of Champ Mr Sexy.

    Kerja keras tahun depan

    Penyanyi dikenali dengan lagu Hidup Dalam Mati ini akan bekerja keras untuk mengukuhkan nama dalam karier seni pada tahun depan.

    “Memang saya ada perancangan muncul dengan album penuh atau album mini nanti.

    “Setakat ini, saya sudah menghasilkan enam lagu baru dan ia cukup untuk dimuatkan dalam bingkisan album baharu,” katanya.

    Buat permulaan, kata Syamel, dia akan mempertaruhkan single solo terbaru yang sama ada genre balada atau lagu rancak nanti.

    “Selain album dan single baharu, saya juga merancang mengadakan persembahan istimewa khusus untuk peminat tahun depan,” katanya.

    Mengulas isu membabitkan lirik muzik videonya bersama pihak pengurusan pula, kata Syamel, ia juga sudah diselesaikan cara baik.

    “Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan dan kami sepakat untuk mengadakan lirik video saja yang lebih kurang sama seperti muzik video.

    “Justeru, saya boleh fokus untuk menghasilkan lagu berkualiti selepas ini,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan