• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    SYAFIQ KYLE NAFI BERMASAM MUKA DENGAN HANAH DELISHA


    Syafiq Kyle menafikan dirinya bergaduh atau bermasam muka dengan aktres Hannah Delisha seperti yang heboh diperkatakan ramai ketika ini.

    Syafiq berkata, dia mengaku ada terdengar khabar angin itu namun enggan mengambil pusing kerana hubungannya dengan Hannah masih berjalan dengan baik.


    "Siapa yang menyebarkan cerita ini? Dakwaan mengatakan kami bermasam muka tidak benar, kami masih berkawan baik seperti biasa dan tiada sebarang pergaduhan berlaku antara kami.

    "Sebenarnya saya ada dengar cerita ini, tapi saya tidak ambil peduli kerana ia berita yang tidak betul. Antara kami memang tiada masalah," katanya ditemui pada tayangan perdana filem Langsuir di MM Cineplex eCurve, semalam.

    Ditanya jika perselisihan faham antara mereka sengaja diwujudkan bagi mempromosikan filem Langsuir, Syafiq menerima dengan hati terbuka.

    "Kalau perkara ini sengaja diadakan untuk membantu promosi filem Langsuir, saya okay sahaja.

    "Namun saya ingin tegaskan isu bermasam muka atau keengganan kami untuk bersama-sama menjalani sesi fotografi adalah tidak benar," katanya.

    Menurut Syafiq, masing-masing mempunyai komitmen kerja yang padat membuatkan mereka sukar mencari waktu yang sesuai bagi memenuhi sesi fotografi.

    "Bukan mudah untuk kami mencari waktu yang tepat bersama. Selalunya kalau saya berkepalangan pada tarikh tertentu, Hannah pula sibuk dengan penggambaran. Jadi sebab itulah kami susah nak cari masa yang sesuai.

    "Bagaimanapun menerusi filem Langsuir ini, kami akan memberikan sepenuh komitmen untuk sesi fotografi dan rangka promosi yang sudah diaturkan," katanya.

    Selain Syafiq Kyle dan Hannah Delisha, Langsuir turut dibintangi oleh Firdaus Nadxaman, Julia Farhana, Daaim Jailani, Shahkimin, Nazri John dan Halim Radzi.

    Filem seram arahan Osman Ali ini bakal menemui penonton dipawagam bermula 20 September depan.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan