• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    JANGAN LUPA SAYA MASIH AKTIF BERLAKON YA!


    Intan Ladyana, 36, menafikan masyarakat sudah melupakan kehadirannya dalam industri selepas mengambil keputusan untuk lebih selektif dalam pemilihan karya filem dan drama tempatan.

    “Mana ada orang lupa, saya muat naik status atau gambar di laman sosial, masih ada peminat bertanya dan dapat tawaran.

    “Saya selektif sebab sudah lama berlakon dan tidak mahu pegang watak berulang nanti bosan!” katanya.

    Intan turut mendedahkan kebanyakan naskah drama pada masa ini berkaitan cinta lantas keputusan untuk selektif adalah terbaik pada masa ini.

    Pelakon filem Banglo Berkunci ini akui selesa dengan kehidupan ringkas dan masa sama muncul sekali sekala bagi melepaskan rindu peminat.

    Katanya, dia sudah puas menjalani kehidupan sibuk sebagai pelakon sebelum ini dan tiada salahnya untuk fokus pada diri sendiri pula.

    Terbaru, dia bakal muncul dalam filem Townmall arahan Ahmad Idham yang baru saja selesai menjalani penggambaran bulan lalu.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan