• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    SUFIAN SUHAIMI KATA CUKUP SEKALI


    Sufian Suhaimi memberitahu pengalaman putus tunang dengan pelakon, Elfira Loy, awal tahun ini tidak membuat dirinya serik untuk bercinta lagi.

    “Tiada sebab untuk saya takut jatuh cinta. Kehidupan saya sekarang bagus.

    “Semuanya cukup, tetapi itu bukan bermaksud saya enggan bercinta lagi, cuma belum cari pengganti baru,” katanya selepas pengumuman barisan pencalon Anugerah Planet Muzik (APM) 2018, hari ini.

    Sufian, 26, dicalonkan bagi kategori Lagu Paling Popular APM menerusi single Di Matamu.

    Kata Sufian, dia kini sibuk dengan kerjaya selain banyak meluangkan masa bersama keluarga.

    “Saya tidak faham segelintir pihak yang bertanya sama ada saya sudah ke depan atau belum.

    “Jujurnya, perkara itu sudah selesai dengan pihak perempuan,” katanya.

    Dalam pada itu, Sufian memberitahu tidak kisah untuk menjalin hubungan dengan wanita biasa atau dari kalangan artis.

    Sufian dan Elfira mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu dan sepatutnya berkahwin pada Mac.

    Bagaimanapun, pihak keluarga Elfira memulangkan cincin kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 19 Febuari lalu.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan