• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    IG NIENA BAHARUN DISERANG PEREMPUAN PSIKO?


    Gara-gara melakonkan watak Husna dalam drama Jangan Benci Cintaku, pelakon Niena Baharun mendedahkan 'diserang' wanita psiko di Instagram.

    Niena, 25, atau Amaniena Kamarul Baharun berkata, selain dikatakan perampas, wanita itu juga mahu menendang kandungannya jika terjumpa depan mata.

    "Sepanjang drama ini ditayangkan setiap hari saya menerima mesej secara peribadi di laman sosial.

    Cuma, kata-kata wanita yang saya anggap 'psiko' itu menarik perhatian hingga terpaksa menyekatnya.

    "Kalau setakat nak komen benci saya okey lagi sebab ia biasa. Namun, apabila sampai tahap mahu menendang kandungan dan alami keguguran, bagi saya ia keterlaluan.

    "Disebabkan itu, saya ambil keputusan menyekatnya di IG. Namun, dia ganggu suami saya pula. Apabila disekat melalui akaun suami, dia beralih ke akaun kelab peminat. Jadi, saya menganggap dia memang psiko," katanya kepada Harian Metro.

    Niena berkata, wanita itu turut memberi gambaran sekiranya dia menjadi orang ketiga dan perosak rumah tangganya.

    Mengenai watak itu, Niena sama sekali tidak menjangka lakonannya mendapat perhatian ramai.

    "Saya tahu setiap komen ditulis sekadar luahan perasaan terhadap watak Husna. Sebagai pelakon, saya menghargai setiap maklum balas diberikan meski ia berbaur marah.

    "Memandangkan ini kali pertama berlakon watak sebegitu, sejujurnya saya tidak menjangka ia memberi kesan mendalam terhadap penonton hingga ada sanggup membuat karikatur dan status.

    "Apa pun, saya ingin ingatkan Husna hanya watak lakonan. Jadi jangan benci saya," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Ogos 2018 @ 7:11 PM

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan