• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ELVINA KESAL ADA PIHAK CUBA AIBKAN SUAMI


    Datin Elvina Mohamad, mengesahkan suaminya, Datuk Hanif Borhan yang ditahan pihak berkuasa, penghujung bulan lalu membabitkan kes penipuan pelaburan Forex (GWGFX) dan Bitcoin Bitkingdom, sudah dibebaskan.

    Dia turut memberitahu suaminya tiada kaitan dengan kes penipuan terbabit sebaliknya dipanggil sebagai saksi membantu pihak berkuasa.

    Bagaimanapun, Elvina kesal ada pihak cuba menganiaya suaminya dan mendakwa konon Hanif terbabit.

    “Lebih menyedihkan mereka mengaitkan nama suami saya adalah kenalannya sendiri. Mereka yang terbabit pula melarikan diri hinggakan Hanif menjadi mangsa,” katanya, hari ini.

    Elvina, pelakon utama drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf berkata, dia tidak tahu suami ditahan sehinggalah wakil media bertanya mengenai perkara itu.

    “Saya faham niat mengapa dia (suami) cuba merahsiakannya. Dia tidak mahu saya terlalu risau andai diberitahu ditahan pihak berkuasa.

    “Syukur, isu jenayah cuba dikaitkan dengan nama suami dapat diselesaikan selepas seminggu,” katanya.

    Hanif ditahan di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara untuk memberi keterangan di Menara 238, Jalan Tun Razak pada 30 Mei lalu.

    Elvina turut kesal ada pihak tidak bertanggungjawab memberi pelbagai komen dan menjatuh hukum seolah-olah lebih tahu.

    “Saya menerima pelbagai komen di laman sosial. Macam mereka kenal sangat dengan suami. Kenyataan mereka membuat saya mahu saja ‘screenshot’ apa ditulis dan memberikannya kepada pihak berkuasa agar mereka tampil membantu siasatan kerana tahu semua benda.

    “Tidak kurang mempersoalkan perkahwinan saya dengan Hanif. Tidak mengapalah, saya anggap apa berlaku sebagai dugaan dan ia menguatkan lagi rasa cinta antara kami,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan