• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    NANTIKAN SINGLE TERBARU LIZA HANIM


    Selepas sekian lama menunggu, penyanyi Liza Hanim memberitahu tahun ini bakal menyaksikan dia muncul dengan satu lagi single baharu.

    Merupakan kerjasama kali pertama dengan Hafiz Hamidun, bagaimanapun ia bukan lagu berunsur ketuhanan.

    “Sebenarnya saya sudah masuk studio rakaman. Buat masa ini ada bahagian yang ingin saya betulkan dahulu. Cuma tajuk lagu ini belum saya boleh kongsi lagi, nantilah.

    “Walaupun Hafiz terkenal melalui lagu-lagu Islamik tetapi lagu ciptaannya untuk saya ini tidak terarah ke situ,” kongsinya.

    Selain sibuk menguruskan rumah tangga, Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 38, memberitahu dia juga kini sibuk dengan urusan perniagaan. Jelasnya sebab itu dia mengambil masa sebelum mampu mengeluarkan apa-apa produk nyanyian.

    “Bukan sekadar suri rumah tangga dalam masa yang sama saya turut menguruskan perniagaan.

    “Sebab itu bila saya senyap dari dunia hiburan, sebenarnya fokus saya dalam bidang berbeza tetapi sebenarnya masih lagi sibuk seperti biasa. Bila ada peluang untuk keluarkan single ini memang saya suka sebab rindu sangat untuk kembali menyanyi,” katanya.

    Sementara itu kata Liza, dia juga kini tidak boleh terlampau aktif bersukan memandangkan sudah disahkan mempunyai masalah di bahagian tulang belakang.

    “Keadaan tidak membimbangkan sebab saya sudah bertemu dengan pakar. Buat masa ini saya perlu berjaga-jaga.

    “Sebab itu saya banyak berehat dari menyertai pelbagai larian kini,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan