• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    KILAFAIRY TERUJA DAPAT RAKAM LAGU BERSAMA SEAN KINGSTON?


    Berpeluang merakamkan single bersama penyanyi antarabangsa lebih-lebih lagi dari Hollywood semestinya dinanti ramai artis tempatan.

    Bagi Kilafairy, kolaborasi bersama penyanyi Sean Kingston menjadi salah satu pengalaman terbaik dalam kembara seninya.

    “Jun lalu, saya baru selesai merakamkan lagu baru dengan Sean Kingston. Pengalaman itu sangat indah dan bermakna.

    “Meskipun lagu ini belum diberi judul, video muzik yang membabitkan Kingston sudah dirakam. Bahagian saya akan menyusul dalam waktu terdekat,” katanya.

    Ditanya sama ada kehadiran single itu untuk menumpang populariti penyanyi berdarah Amerika-Jamaica itu, Kila pantas menafikannya.

    “Tidak. Saya memang meminatinya sejak dulu. Kalau benarlah niat asal saya mahu menumpang populariti, lebih baik saya cari penyanyi yang lebih popular daripada Kingston,” katanya.

    Memandangkan pengaruh muzik Kila lebih terarah kepada urban, pihak pengurus label Lion Music Group memutuskan untuk memacu kerjayanya sejauh mungkin.

    “Biarpun jiwa saya lebih kepada muzik urban, pihak pengurusan menasihati supaya mencuba pelbagai genre.

    “Mereka mahu kehadiran saya memenuhi kehendak pencinta muzik tanah air yang sentiasa dahagakan kepelbagaian.

    “Insya-Allah, kolaborasi ini mungkin membuka peluang kepada saya untuk melebarkan sayap ke luar negara,” katanya.

    Menyentuh kerjaya lakonan, Kila bakal muncul dengan drama bersiri Mr Delicious yang ditayangkan di saluran HyppTV bermula 16 Ogos ini.

    Dalam drama itu, Kila memegang watak Zara di samping Reen Rahim, Ieda Moin dan pelakon dari Indonesia, Guntur Triyoga.

    “Zara gadis ‘bimbo’, tetapi sebenarnya berpelajaran tinggi. Dia sentiasa menceriakan keadaan.

    “Karakter ini sangat berbeza dengan keperibadian sebenar saya,” katanya.

    Kila berkata, dia memilih untuk hanya menjayakan sebuah drama dalam setahun.

    “Saya mengambil keputusan ini kerana mahu lebih fokus. Kalau ada pun tawaran lain yang saya terima hanyalah telefilem.

    “Selebihnya, fokus pada muzik,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan