• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    PEMINAT SERBU KAJOL DI MASJID INDIA KUALA LUMPUR


    BINTANG Bollywood Kajol Devgan mencetuskan kekecohan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, sempena sesi ramah mesra dan promosi filem terbaharu Velaiilla Pattadhari (VIP 2).

    Lebih 2,000 orang peminat mula membanjiri perkarangan Jalan Masjid India sejak pukul 2 petang semalam semata-mata untuk bertemu pelakon pujaan itu.

    Malah, ada antara peminat Kajol yang sanggup mengambil cuti dan datang ke Kuala Lumpur dari Kedah.

    Kajol, 43, bagaimanapun muncul sekitar pukul 8.30 malam dengan memakai persalinan lenga berwarna biru gelap.

    Kelibat Kajol mendapat sorakan gemuruh daripada peminat. Malah ada yang berteriak sakan memanggil nama pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu.

    "Selamat petang, saya gembira dengan sambutan yang diberikan oleh anda semua. Anda memang terbaik!," kata Kajol menyapa peminatnya dengan mesra.

    Untuk rekod, Kajol pernah berkunjung ke Malaysia pada September 2014 untuk mempromosikan saluran Bolly One HD.

    Filem VIP 2 merupakan filem berbahasa Tamil kedua lakonan Kajol selepas Minsara Kanavu pada tahun 1997.

    Selain Kajol, filem itu turut dilakonkan oleh Dhanush, Amala Paul Vivek, Samuthirakani dan Saranya Ponvannan.


    Tidak menolak sebarang tawaran dan skrip jika:

    Kajol Ajay Devgan tidak menolak tawaran untuk berlakon dalam filem tempatan jika skripnya baik dan menarik.

    Heroin filem Dilwale yang berusia 43 tahun itu berkata sebagai seorang pelakon, beliau lebih mementingkan skrip sesebuah filem yang ingin dibintanginya.

    "Skrip saya adalah hero saya dan itulah yang lebih penting. Sudan tentu ya (mahu berlakon), jika ada peluang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan teaser filem baharu lakonannya Velai Illa Pattadhari 2 (VIP2) versi Hindi di Jalan Masjid India di sini Khamis malam.

    Bintang sensasi Bollywood yang muncul semula dalam filem Tamil selepas 20 tahun tidak berlakon dalam filem Tamil, diiringi oleh hero filem tersebut Dhanush Kasthuri Raja dan pengarahnya R.Soundarya yang merupakan anak kepada super star filem Tamil, Rajinikanth.

    Kajol turut melahirkan rasa terharunya dengan sambutan yang diberikan oleh kira-kira 2,000 peminatnya yang membanjiri kawasan itu sejak pukul 4 petang tadi untuk bertemu dengannya dan barisan pelakon filem tersebut.

    Peminat yang merangkumi pelbagai bangsa bersorak sebaik sahaja Kajol dan Dhanush melangkah masuk ke kawasan tersebut.

    Dhanush yang terkedu seketika apabila melihat sambutan peminat Malaysia turut meluahkan perasaan gembira dan yakin filem VIP 2 itu akan pecah panggung.

    Beliau juga turut menyanyikan sebuah lagu Tamil berjudul 'Valkai Thedi' atas permintaan peminat yang hadir.

    Sementara itu Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer yang mendapat hak mengedar filem itu di Malaysia berkata pengedaran dan promosi filem tersebut di negara ini adalah untuk membawa masuk lebih ramai pelancong ke Malaysia melalui industri perfileman.

    "Inisiatif ini secara tidak langsung dapat menambah pendapatan negara melalui aliran mata wang dari negara luar," katanya.

    Abdul Malik yang juga penerbit bersama filem lakonan Rajinikanth bertajuk 'Kabali' turut berhasrat untuk membawa lebih banyak filem Tamil dan Hindi ke Malaysia bagi tujuan penggambaran.

    VIP2 merupakan sekuel daripada filem pertama yang disiarkan pada 2014 yang akan ditayangkan di layar perak dalam tiga bahasa iaitu Tamil, Hindi dan Telegu pada Ogos ini.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan