• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    IQRAM DINZLY KECAM DAN DIKECAM?


    Sebelum ini, pelakon Iqram Dinzly menimbulkan kemarahan orang ramai apabila meletakkan kenderaan yang menghalang laluan masuk di sebuah bangunan di Pulau Langkawi.

    Bagaimanapun dalam wawancara terbaru, Iqram akhirnya memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan. 

    Menurutnya, dia sendiri tidak sedar akan perkara tersebut memandangkan dia masih baru di pulau tersebut.

    Ketika kejadian ruang parkir di Pekan Kuah, Chenang penuh dan saya nampak ada kereta lain yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan. 

    Jadi saya pun melakukan perkara sama memandangkan urusan saya di sebuah bank mengambil masa singkat sahaja. Demi Allah saya tak tahu itu laluan utama kenderaan kerana saya sangka ia jalan sehala.

    Demi allah saya tak tahu itu laluan utama kenderaan iqram dinzly 2

    Bukan sahaja membuat kesalahan, malah lebih membuatkan netizen berang adalah apabila pelakon tersebut seperti enggan mengakui kesalahannya dengan memuatnaik kenyataan berbaur sinis di akaun Instagramnya. 

    Namun menurut Iqram, apa yang cuba disampaikan dalam kiriman Instagram tersebut hanyalah sekadar gurauan.

    Sejujurnya saya tidak marah cuma rasa agak keterlaluan apabila ia disebarkan di laman sosial oleh individu yang meletakkan nota itu pada kenderaan saya. 

    Apabila saya memuat naik status mengenainya ramai pula menghentam saya. Jika baca betul-betul, tulisan saya itu hanyalah gurauan semata-mata.

    Saya memohon maaf atas kesilapan saya dan tak mahu perkara ini diperbesarkan lagi. Saya anggap ini sebagai pengajaran dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan