• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ALIF SATAR TERPAKSA LEPASKAN SALAH SATU KARIER?


    Artis serba boleh Alif Satar mengakui belum sampai waktu dia berehat daripada salah satu cabang seni yang diceburi membabitkan nyanyian, lakonan dan pengacaraan.

    Menurut Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 27, buat masa sekarang dia masih perlu bekerja keras apatah lagi baru kali ini menikmati sensasi populariti.

    “Selepas 10 tahun berada dalam industri iaitu mulai tahun lalu baru saya betul-betul dikenali. Pada masa sama, populariti itu datang serentak. Jadi tak adil sekiranya saya nak berhenti dalam mana-mana bidang yang diceburi selama ini.

    “Saya masih mahu bekerja keras kerana menganggap ini semua rezeki anak. Selagi ada permintaan dan peluang itu, tak salah jika diteruskan. Lagipun belum masanya saya nak duduk bersenang-lenang.

    “Saya bukan seperti kebanyakan artis senior lain yang memiliki pendapatan lumayan. Jadi, apa saya boleh lakukan sekarang adalah terus bekerja,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan