• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ANAK-ANAK LEBIH TERASA KEHILANGAN ARY


    Pelakon dan pengacara, Ary Malik, 46, meninggal dunia akibat kanser ovari di Hospital Ampang, di sini, jam 7.17 malam.

    Suaminya, Shahrul Nizam Shahruddin, 46, mengesahkan Ary yang juga ibu kepada tiga anak menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga selepas tiga hari dirawat di hospital berkenaan.

    Shahrul Nizam berkata, Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik Abdul Malik mula mengadu sakit di bahagian perut sejak setahun lalu.

    “Dia menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Mizan, Wangsa Maju pada Mei tahun lalu sebelum dikesan menghidap kanser ovari tahap empat.

    “Selepas pembedahan baru kami mendapat tahu dia menghidap kanser. Pada mulanya kami ingatkan ketumbuhan biasa,” katanya.

    Menurut Shahrul Nizam, Ary mula menjalani rawatan kimoterapi sejak Jun tahun lalu.

    Terdahulu, Ary dibawa ke Hospital Ampang, Sabtu lalu berikutan keadaannya yang semakin lemah. Bagaimanapun, selepas dua hari dimasukkan ke hospital berkenaan, dia tidak sedarkan diri.

    Jenazah Ary dibawa ke Masjid Kem Wardieburn, di sini, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota malam ini.

    Selain berlakon drama, Ary turut aktif sebagai pengacara seperti program MTV Syok dan pernah terbabit sebagai peserta dalam Masterchef Malaysia pada 2011.

    Ary juga kakak kepada penyanyi yang popular dengan lagu Flora Cinta iaitu Min Malik.

    Ary meninggalkan tiga anak iaitu Nur Zoe Iman Malik, 19; Dinda Pelangi Timor Malik, 13; dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

    Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam kenyataannya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

    Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah berkata, pemergian Ary adalah satu kehilangan buat industri hiburan tanah air.

    Anak anak sudah mula rindu...

    "Anak-anak masih terkejut dan bersedih. Mereka sudah mula rindu dan berasakan ketiadaaan ibu mereka ketika jenazah dimandikan," kata Shahrul Nizam Shahruddin, 46, suami kepada pelakon dan pengacara Ary Malik yang meninggal dunia di Hospital Ampang, di sini, akibat kanser ovari tahap empat, 7.17 malam tadi.


    Shahrul Nizam berkata, dia dan tiga anaknya berasakan satu kehilangan besar kerana Ary seorang isteri dan ibu yang sangat penyayang dan disayangi ramai.

    "Saya hilang sesuatu yang besar dalam hidup saya. Sepanjang kami hidup bersama, saya banyak belajar mengenai kehidupan.

    "Saya ucapkan terima kasih atas doa dan ucapan takziah buat kami sekeluarga," katanya.

    Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik Abdul Malik menghembus nafas terakhir di sisi keluarga selepas tiga hari dirawat di hospital berkenaan.

    Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Kem Wardieburn, di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, malam ini.

    Ary meninggalkan tiga anak iaitu Nur Zoe Iman Malik, 19; Dinda Pelangi Timor Malik, 13; dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

    AL-FATIHAH..

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan