• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    TAHNIAH HANS ISAAC


    SEKIAN sekian lama berteka-teki, selebriti terkenal, Datuk Hans Isaac mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya yang juga bekas ratu cantik Malaysia, Gabriella Robinson pada 29 Julai depan.

    Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan di Gereja Saint John Cathedral, Kuala Lumpur manakala majlis resepsi pula dilakukan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

    Hans dan Gabriella saling mengenali ketika pelakon berusia 46 tahun itu menjadi juri untuk pertandingan Miss Universe Malaysia pada 2011, lapor Media Hiburan.

    Bagaimanapun, hubungan itu terputus seketika dan mulai kembali rapat pada 2016.

    "Selepas terpisah seketika, kami bertemu semula dan mula berkawan rapat sejak tahun lalu.

    "Dia sangat istimewa di hati saya. Walaupun bergelar ratu cantik, dia sebenarnya seorang yang sangat simple dan merendah diri," katanya ketika ditemui di sidang pengumuman majlis bahagianya, hari ini.

    Sebelum itu, pasangan ini selamat bertunang pada 29 Januari lalu, selepas pelakon filem J Revolusi tersebut melamar kekasihnya di Gereja Cathedral of The Good Sheperd di Singapura.

    Hans cakap burung kakak tua lagi cantik dari saya, kata Gabriella.

    “Hans pernah buat saya menangis,” kata tunang kepada pelakon dan penerbit popular tanah air Hans Isaac, Aileen Gabriella Robinson,

    Menceritakan lebih lanjut, Gabriella berkata ianya kisah itu berlaku kira-kira enam tahun lalu.

    “Hans memang seorang yang tegas ketika kali pertama kami bertemu. Dia juga selalu memberi komen yang ‘pedas’.

    “Dia pernah berkata, gambar burung kakak tua lebih cantik dan menyerlah berbanding saya,” imbas Gabriella mengenai kenangannya ketika menyertai pertandingan ratu cantik Miss Tourism International pada 2011 di mana Hans menjadi juri dalam program tersebut.


    Walaupun telah mengenali satu sama lain sejak enam tahun lalu, Gabriella berkata mereka mula menjalinkan hubungan sebagai kekasih pada pertengahan 2016.

    Gadis kacukan Malaysia-Australia itu akan melangsungkan perkahwinannya bersama Hans pada 29 Julai depan, selepas mengikat tali pertunangan pada 29 Januari lalu.

    Perkara itu diumumkan Hans sendiri dalam satu sidang media di Hotel Majestic di sini pada petang tadi.

    “I love her to death. (Saya cintakannya sehingga akhir hayat). Gabriella membuatkan saya gembira dan saya yakin dialah orangnya.

    “Dialah yang akan berada di sisi saya ketika susah dan senang,” kata Hans.

    Dia turut menceritakan bagaimana rancangannya untuk melamar Gabriella pada 29 Januari lalu di gereja Cathedral of the Good Shepherd, Singapura, lokasi yang menjadi tempat ibu bapanya melangsungkan perkahwinan.

    “Saya terpaksa mereka-reka cerita untuk membawanya ke lokasi tersebut. Saya katakan kita terpaksa ke Singapura bagi meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapa saya. Dia pun kata okay,” katanya sambil disambut ketawa Gabriella.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan