• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ADI PUTRA MENGAKU TELAH `LEPASKAN` KEDUA DUA ISTERINYA


    Pelakon popular Adi Putra mengesahkan dia sudah berpisah dengan kedua-dua isterinya, Aida Yusof dan Norshahida Dzolkifly.

    Adi, 36, memuat naik status mengenai perkara itu di akaun Instagram, pada 1.30 petang, hari ini. Dalam status itu, Adi Putra turut memuat naik gambar dua bekas isterinya itu.

    “Ramai bertanyakan mengenai status rumah tangga saya. Saya ingin nyatakan yang saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan Aida dan Shahida (Norshahida),” tulisnya di laman sosial itu.

    Adi turut meminta semua pihak supaya memberi ruang kepada dua wanita berkenaan selain enggan mengulas lanjut mengenai perceraian itu.

    “Pada rakan media saya hormati, saya tidak ada apa-apa kenyataan diberikan dan beri penghormatan kepada Aida dan Shahida agar tidak diganggu. Terima kasih,” katanya.

    Baru-baru ini, ada laporan mengatakan pelakon asal Singapura itu membuat pendaftaran di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk bercerai dengan Aida yang juga seorang penerbit drama, awal Mac lalu.

    Pada Mei 2012, Adi pernah memfailkan perceraian terhadap Aida dan Adi memaklumkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah secara baik selepas pelbagai usaha bagi menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

    Namun, Adi kemudian membatalkan hasratnya itu. Hujung tahun lalu, timbul gosip mengatakan hubungannya dengan bekas isteri kedua, Norshahida berdepan masalah, namun Adi menafikannya.

    Adi dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan zuriat selepas kira-kira sedekad mendirikan rumah tangga.

    Pada 20 Jun tahun lalu, Adi berkahwin pula dengan Shahida sekali gus mencetuskan kontroversi apabila pernikahan itu dikatakan tidak diketahui Aida.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan