
Kali pertama lelaki ini melangkah masuk ke dalam gelanggang industri seni tanah air sewaktu menyertai program realiti Raja Lawak musim pertama.
Meskipun hanya muncul selaku naib juara dalam pertandingan itu pada tahun 2007, pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak terus meledak sehingga mencetuskan fenomena luar biasa .
Berdiri dengan nama pentas Zizan Razak, tidak keterlaluan jika dikatakan dia antara bintang yang bersinar hasil kerja kerasnya sepanjang 10 tahun bergelumang dalam industri hiburan tempatan.
Meskipun dihujani pelbagai kontroversi termasuk kegagalan percintaan dengan beberapa selebriti popular tanah air serta cerita yang hampir meranapkan kerjaya seninya apabila namanya dicemari dengan gosip didakwa sebagai lelaki kasanova, namun ia sedikit pun tidak membantutkan semangat pelawak dan pelakon berusia 32 tahun ini untuk terus menumpahkan rasa cinta terhadap bidang seni.
Apa yang mengujakan, Zizan terus terbang tinggi apabila banyak tawaran hadir selain kejayaan demi kejayaan diraihnya hingga dinobatkan sebagai Bintang Filem Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2016 dan Personaliti Filem Komedi pada Anugerah Melodi tahun lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan