• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    OZLYN RINDU KERJAYA LAKONAN


    Selepas agak lama menyepi dalam dunia lakonan berikutan komitmen sebagai isteri dan ibu, Ozlyn kini kembali mengukuhkan kerjayanya sebagai pelakon.

    Cintanya terhadap bidang lakonan tidak pernah padam, apatah lagi kerjaya ini masih didambakan sehingga kini.

    Menurut Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, dia bersyukur suaminya, Johan memberi keizinan untuk kembali aktif berlakon asalkan ia berbaloi dengan komitmen yang diberikan.

    “Alhamdulillah, Johan tiada masalah untuk saya kembali berlakon asalkan saya tidak merungut penat atau mengadu sakit apabila pulang ke rumah.

    “Lagipun dia faham bidang lakonan adalah minat dan jiwa saya sejak kami berkahwin lagi. Dia gembira apabila saya dapat bertemu kawan-kawan dan melihat dunia luar daripada asyik terperuk dalam rumah,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan