• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    NETIZEN PUJI SIKAP BUDIMAN DAVID BECKHAM


    BINTANG bola sepak terkenal, David Beckham mempamerkan sikap gentleman dengan memberhentikan keretanya untuk menolong seorang wanita yang pengsan di tepi jalan.

    Menyedari kejadian cemas tersebut, Beckham juga menggunakan keretanya untuk menghalang jalan agar tiada kenderaan yang bergerak laju dan melanggar wanita tersebut.

    Beckham juga turut menghampiri wanita tersebut untuk memastikan keadaan wanita itu baik-baik sahaja dan menawarkan sebotol air kepada wanita malang tersebut.

    “Beckham memberhentikan keretanya di lokasi kejadian dan dia juga bermurah hayti untuk menawarkan sebotol air kepada wanuta yang pengsan itu. Beckham sangat membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut sehingga ambulans datang,” kata seorang saksi kejadian.


    Kejadian yang belaku di kota London itu sempat dirakamkan oleh penduduk tempatan. Rata-rata peminat di laman sosial juga turut memuji sikap prihatin dan gentleman yang ditonjolkan oleh Beckham. - Sumber: Metro.co.uk

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan