• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    AIMAN TINO TERUK DIKECAM GARA-GARA SUARA MACAM...


    Penyanyi Aiman Tino mengakui faktor gugup sebagai punca kegagalannya menampilkan persembahan terbaik pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

    Akibat persembahan kurang meyakinkan semalam menyebabkan Aiman atau nama sebenarnya Mohd Aiman Yusri, 19, teruk dikecam netizen di Facebook.

    Aiman berkata, dia terlalu fokus pada lirik sehingga membuatkan penghayatannya ketika menyanyi tidak mendalam.

    "Kalau dalam persembahan biasa, saya akan menyanyi ikut lirik asal, tapi untuk AJL, saya ikut saranan juri agar tukar liriknya.

    "Pertukaran lirik ini hanya dibuat tiga hari menjelang AJL dan saya amat berhati-hati ketika menyanyi untuk mengelakkan kesalahan sehingga menjejaskan persembahan secara keseluruhan.

    "Tak dinafikan agak susah untuk tukar lirik dan memang tiada ayat yang sama dengan lirik asal. Lagipun orang dah terima lirik asal dan apabila ditukar menimbulkan kehairanan kepada mereka yang tak tahu perkara sebenar," katanya.

    Memandangkan ini pengalaman pertamanya beraksi di pentas AJL, Aiman juga tidak menafikan sukar mengawal perasaan gugup.

    "Memang perasaan ini akan ada pada setiap peserta yang bertanding. Cuma perasaannya lebih dirasai oleh saya sebagai artis baru berbanding mereka yang dah berpengalaman.

    "Saya belum pandai menyesuaikan diri untuk beraksi di sebuah pentas besar di hadapan ramai penonton.

    "Apapun saya tak kecewa dan anggap ini satu pencapaian membanggakan terhadap karier yang baru nak bermula," katanya.

    Mengulas kecaman yang dilemparkan, Aiman berkata, dia tidak ambil kisah kerana itu perkara biasa yang perlu ditempuhinya.

    "Mana komen yang positif dan membina saya akan terima dan perbaiki kekurangan diri, manakala yang negatif pula saya abaikan sahaja.

    "Saya tak perlu patah semangat langsung hanya kerana isu ini. Saya juga akan terus belajar vokal dengan Mark Adam selepas ini untuk memantapkan vokal dan persembahan," katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan