
SONY Music memohon maaf selepas sebuah mengeluarkan tweet yang mengatakan penyanyi Amerika Syarikat, Britney Spears telah meninggal dunia.
Laporan BBC mengatakan Sony sudah memadam tweet tersebut dan mendakwa akaun Twitternya telah digodam dan tweet tersebut palsu.
Sementara itu, penyanyi berusia 35 tahun berkenaan tidak memberikan sebarang reaksi manakala pengurusnya mengesahkan 'Britney masih hidup dan sihat'.
Kumpulan pengodam, OurMine mendakwa melakukan tindakan godam berkenaan.
OurMine juga mendakwa telah menggodam akaun Twitter Netflix dan Marvel Entertainment sebelum ini.
Kumpulan tersebut juga didakwa terlibat dalam jenayah godam akaun Twitter pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan Ketua Esekutif Google, Sundar Pichai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan