• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    FILEM STAR WARS KEHILANGAN WATAK KESAYANGAN PRINCESS LEIA


    BINTANG terkenal Hollywood, Carrie Fisher, yang memegang watak Princess Leia menerusi siri filem "Star Wars" dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

    Perkara tersebut disahkan oleh anak perempuannya, Billie Lourd pada pagi tadi.

    “Lourd dengan sedih mengesahkan ibunya Carrie Fisher meninggal dunia pada 8:55 pagi tadi. Dia disayangi dan dirindui oleh seluruh dunia, ," kata jurucakap keluarga, Simon Halls.

    Fisher mengalami serangan jantung semasa dalam penerbangan dari London ke Los Angeles pada Jumaat lalu.

    Beliau diperiksa oleh paramedik dan dikejarkan ke Pusat Perubatan UCLA Ronald Reagan.

    Fisher meninggal dunia pada usia 60 tahun.


    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan