• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    LIZZY MAHU BANGKIT MELALUI BIDANG LAKONAN?


    Mimpi ngeri buat penyanyi adalah apabila dikecam tidak boleh menyanyi. Kritikan itu masih menghantui artis jelita, Elizabeth Tan yang pernah dihentam teruk sebelum ini.

    Menurut Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, 22, dia sangat terkesan dengan insiden itu hingga hampir berputus asa.

    Bagaimanapun, demi kecintaan mendalam terhadap bidang nyanyian, dia bangkit semula bagi membuktikan tanggapan itu silap. Penyanyi yang popular menerusi lagu Knock Knock itu hanya menerima komen membina manakala segala tanggapan negatif dibuang jauh-jauh.

    “Dilabel tidak pandai menyanyi sangat menyakitkan buat saya. Ia buat saya patah hati dan berasa hilang keyakinan diri.

    “Padahal ketika itu kerjaya nyanyian saya baru sahaja bermula dan langsung tidak diberi ruang untuk perbaiki diri. Saya telan segala-galanya dan jadikan ia pembakar semangat.

    Dan kini Lizzy tekad untuk bangkit semula tetapi dari sudut lain iaitu sudut lakonan. Lizzy tak mahu terus putus semangat kerana bidang ini adalah bidang yang dia sukai.

    Dia tak kisah jika ada pihak tawarkan dia untuk berlakon asalkan boleh terus mengasah bakat yang dia ada.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan