
Tidak mahu membuang masa, pelakon Juliana Evans berharap kembalinya dia ke tanah air dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap bidang seni.
Yakin dengan percaturan yang dilakukan, gadis berusia 27 tahun ini bersyukur apabila kehadirannya disambut baik.
Sejak pulang ke tanah air selepas tamat pengajian di Michigan, Amerika Syarikat pada 2014, Juliana yang mesra disapa Jue ini tidak putus-putus menerima pelbagai tawaran.
Namun, dia tidak mahu tamak sebaliknya mengambil setiap tawaran bersesuaian dengan kemampuan diri.
“Sejak pulang ke tanah air saya diuruskan Uprising Entertainment Sdn Bhd. Saya bersyukur kerana mereka bijak mengatur jadual dan sehingga ke hari ini jadual saya sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan