• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    NAZIM DAN BELLA SEPAKAT NIKAH SEPTEMBER DEPAN


    Pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Daly dijangka bernikah di Kota Kinabalu, Sabah, pada 10 September depan.

    Menurut sumber, majlis persandingan juga akan diadakan pada hari yang sama,manakala majlis bertandang akan diadakan di kediaman keluarga Nazim di Johor Bahru pada 17 September depan.

    "Majlis akan diadakan secara tertutup membabitkan keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat,€ katanya.

    Difahamkan, pasangan itu sudah mengikuti kursus perkahwinan pada awal tahun ini.

    Sementara itu, Nazim ketika dihubungi enggan mengesahkan perkara itu dan mahu menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi cerita mengenai majlis mereka.

    "Insya-Allah saya akan kongsikan perkara ini dalam masa terdekat. Jika ada pihak yang sudah menerima kad jemputan perkahwinan saya sudah tentu tahu perkara ini," katanya.

    Selain itu, Nazim turut menafikan majlis perkahwinan mereka mendapat tajaan penuh daripada beberapa pihak.

    Nazim melamar Bella pada 26 Oktober lalu ketika mereka menjalani penggambaran drama Akulah Balqis di Langkawi sebelum bertunang pada 14 November tahun lalu.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan