• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    MISHA OMAR TAK JANGKA LAHIR ANAK BEGITU AWAL


    Penyanyi, Misha Omar selamat melahirkan bayi lelaki di hospital Cheras. Bayi seberat 2.05 kilogram itu lahir awal tiga minggu daripada jangkaan awal doktor.

    "Saya macam tak percaya bila doktor beritahu sudah tiba masa untuk saya lahirkan sedangkan saya dijangkan bersalin pertengahan bulan depan.

    "Masih belum diberi nama setakat ini dan kami dalam keadaan sihat. Alhamdulillah tiada apa yang membimbangkan," katanya.

    Menurut Misha, dia mengalami pendarahan selepas selesai penggambaran muzik video di Banting sebelum bergegas ke hospital jam 10 malam tadi untuk pemeriksaan.

    Misha dan suaminya, Firros Ezzwan Rosly berkahwin pada 2 Mei 2014.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan