• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    FARA FAUZANA MAHU MAJLIS YANG SIMPLE..


    Sering kali diajukan soalan bila akan menamatkan zaman bujang, akhirnya pengacara popular dan bekas penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana, 36, tampil membuat pengumuman mengenai perkara itu, kelmarin.

    Pengumuman yang diadakan dalam satu sidang media istimewa itu turut disaksikan ahli keluarga dan sahabat karib Fara.

    Fara juga mahukan sebuah majlis yang `simple` dan berkemungkinan tiada acara potong kek dan merenjis.

    Bakal melangsungkan pernikahan pada 17 September ini, Fara memilih ahli perniagaan berusia 30-an sebagai pasangan hidupnya.

    Hanya mahu dikenali dengan nama Hafiz dan berasal dari Perak, Fara berkata, dia menerima lamaran jejaka itu selepas melihat kesungguhannya untuk menjalin hubungan yang lebih serius.

    “Alhamdulillah persoalan yang sering diajukan selama ini sudah terjawab. Saya membuat sidang media bagi berkongsi berita gembira ini kepada semua yang sering mendoakan saya segera berkahwin.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan