
Meraih lima percalonan dalam Anugerah Planet Muzik 2016 (APM2016) pastinya membawa 1,001 kebahagiaan buat penyanyi popular Ayda Jebat.
Apa tidaknya, penyanyi lagu Pencuri Hati itu bakal bersaing dengan nama besar dari Indonesia dan Singapura untuk mendapatkan piala kemenangan.
Ayda berkata, dia tidak menyangka namanya menerima lima pencalonan selepas dipilih juri profesional.
“Saya seakan-akan tidak percaya kerana cuma berharap tercalon dalam satu kategori saja. Jadi, saya sangat bersyukur dan teruja kerana berpeluang membawa nama Malaysia ke satu anugerah membabitkan tiga negara.
“Pencalonan ini sedikit sebanyak membuatkan saya bertambah semangat untuk menghasilkan lebih banyak lagu berkualiti kepada peminat,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan