• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    POLIS EVO KAUT RM8 JUTA DALAM SEMINGGU


    FILEM AKSI Polis Evo berjaya meraih kutipan RM8juta selepas 11 hari tayangan di 101 buah pawangan di seluruh Malaysia dan Brunei.

    Filem yang ditayangkan sejak 17 September lalu merupakan hasil karya tiga anak muda tempatan iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwani Ashraf dan mendapat sentuhan pengarah Ghaz Abu Bakar.

    Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, pihaknya bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh para peminat terhadap filem ini.

    "Kami tidak menyangka dalam kesuraman industri perfileman tempatan ketika ini, peminat masih memberi kepercayaan kepada Polis Evo untuk menduduki tempat teratas di carta filem melayu terlaris untuk tahun ini,"katanya dipetik Astro Awani.

    Filem ini dibintangi Zizan Razak, Shaheizy Sam, Nora Danish, Pablo Amirul, Wan Hanafi Su, Mimie Ernida, Amerul Affendi, Allahyarham Harun Salim Bachik dan Eyka Farhana.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan