• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    SHAHEIZY SAM MAHU TUMPUKAN KARIER SENINYA, KAHWIN NO 2!


    Bukan bermain teka-teki sebaliknya aktor popular Shaheizy Sam menafikan dia akan menamatkan zaman bujang dengan pelakon Syatilla Melvin dalam tempoh terdekat. Bagi pemilik nama sebenar, Shaheizy Sam Abdul Samad, 33, buat masa ini, dia ingin menumpukan perhatian terhadap karier seni yang menjadi periuk nasinya untuk menyara keluarga.


    Hubungan saya de­ngan ibu sangat rapat dan tidak kisah jika dillabel anak emak. Malah, saya sanggup bekerja keras demi membeli kediaman selesa untuk ibu. Saya menyasarkan bernikah sebelum usia 35 tahun.

    “Sebab itu, saya menafikan cerita kononnya sudah membeli barangan hantaran di luar negara untuk majlis perkahwinan kami nanti ,” katanya.

    Mengulas lanjut hubungannya dengan Syatilla, Sam mengakui pelakon jelita itu antara wanita paling rapat dalam hidupnya ketika ini.

    Saya akui Syatilla memang rapat dengan saya dan keluarga. Kami kenal sejak enam tahun lalu dan dia pernah menyertai keluarga saya sebelum ini.

    “Itu bukan perkara asing kerana bekas teman wanita saya sebelum ini pun pernah mengikuti percutian kami sekeluarga kerana rapat dengan kakak saya, Zizie Izette. Ibu saya juga tidak kisah kalau ada rakan artis yang rapat dengan anak-anaknya turut serta dalam percutian kami ,” katanya.

    Sam turut menegaskan tidak akan merahsiakan hari bahagianya dengan pihak media dan peminat apabila sampai masanya nanti.

    Tiba masa, saya pasti menguar-uarkan berita baik ini kepada semua. Terus terang, Saya tidak mahu buat majlis di hotel mewah sebaliknya memilih tempat terbuka seperti padang yang besar supaya semua peminat dapat sama-sama meraikan majlis perkahwinan saya nanti.

    “Tanpa peminat, saya mungkin tidak berada pada tahap sekarang. Selain keluarga, merekalah tulang belakang saya,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH) itu menzahirkan rasa syukur kerana karier seninya mampu bertahan hingga ke hari ini.

    Selain Bintang Paling Popular, Sam turut meng­genggam trofi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular pada acara yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang pada tahun lalu. Terdahulu, Sam pernah memena­ngi gelaran sama pada 2010 dan 2012.

    Sampai masanya saya memilih watak demi kepuasan dalam lakonan. Saya mengharapkan watak yang besar impaknya. Setakat ini, karier seni berjalan lancar dan saya sibuk memenuhi undangan berlakon.

    “Saya tidak sabar menanti filem Polis Evo ditayangkan di pawagam bermula 17 September nanti. Selain itu, filem Interchange arahan Dain Said yang menyaksikan saya bergandingan dengan bintang popular seberang, Nicholas Saputra dan Prisia Nasution serta Iedil Putra. Saya sudah beri komitmen terbaik untuk filem ini kerana ia naskhah yang bagus dan diimpikan selama ini,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan