• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ABAM DI FITNAH CIUM SEORANG WANITA


    DEK kerana saiz badannya mirip gambar seorang lelaki yang sedang bercium dengan seorang wanita, pelawak popular Abam difitnah dan dituduh bawah lelaki itu adalah dirinya.


    Berang dengan dakwaan tersebut, Abam berkata, dia tidak faham mengapa mereka sengaja menimbulkan perkara itu.

    “Apa tujuan mereka buat macam tu, fitnah yang sengaja ditimbulkan ni benar-benar membuatkan saya terkilan.

    “Lagipun, jika dilihat badan saya jauh lebih besar daripada lelaki dalam gambar tersebut.

    “Mereka memang tidak bertanggungjawab. Bagi saya, cerita ala-ala sinetron ini tidak patut dilakukan,” kata Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan.

    Akui pelawak yang juga pelakon berusia 27 ini, perkara tersebut juga sangat memalukan dirinya.

    “Bayangkan jika keluarga saya tahu, semua ini melibatkan maruah mereka lebih-lebih lagi mak saya,” katanya mengenai foto yang tersebar itu.

    Dalam pada itu, Abam meminta pihak berkenaan tidak mengulangi perkara tersebut.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan