• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    RAJA ILYA BERTUDUNG HANYA DALAM LAKONAN SAHAJA?


    Bukan mengikut trend, sebaliknya pelakon sinonim dengan watak antagonis Raja Ilya tampil bertudung kerana mengikut tuntutan karakter dalam lakonan.


    Menurutnya, dua watak dalam telefilem yang memerlukannya bertudung sempena Ramadan ini ialah Menteri Prague dan Hidayah Itu Kiblat­ku.

    Bagi pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohamad, 29, spekulasi mengenai dirinya bertudung bermula apabila dia memuat naik gambar bertudung mengikut watak untuk mempromosikan kedua-dua telefilem berkenaan di laman Instagram, baru-baru ini.

    Gambar saya berhijab itu diambil daripada babak dua telefilem itu. Namun, saya tidak sangka ia akan mengelirukan peminat pula.

    “Ramai peminat dan pengikut saya di Instagram ingin tahu kebenaran sama ada sudah berhijab ataupun sebaliknya. Justeru, saya berharap semuanya sudah pun jelas menerusi kenyataan ini,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan