• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    DYNAS MOKHTAR MASIH SANGSI


    Kegagalan perkahwinan mematangkan pelakon dan pengacara terkenal, Dynas Mokhtar malah ibu kepada dua cahaya mata ini, meletakkan anak-anak dan karier sebagai keutamaan dalam hidupnya.


    Justeru itu, pemilik nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 32, ini tidak mahu terburu-buru mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.

    “Saya baru dua tahun menjalani kehidupan solo. Insya-Allah, kalau ada jodoh saya inginkan perkahwinan kali kedua kekal hingga akhir hayat.Belajar daripada kegagalan lalu, saya perlu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

    “Keluarga juga tidak mendesak saya berkahwin kerana mereka mahukan yang terbaik untuk masa depan saya dan anak-anak,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan