• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    NELYDIA SENROSE SANGGUP KORBAN ZAMAN REMAJANYA DEMI QI


    BARU berusia 21 tahun, pelakon jelita Nelydia Senrose tidak kisah andai usia remajanya itu ‘dikorbankan’ dengan mengakhiri zaman tersebut melalui ikatan perkahwinan bersama kekasihnya, Qi Razali, 37.


    Malah, menurut pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Spa Q itu, perkahwinan pada usia muda disifatkan mempunyai kelebihan tersendiri setelah melihat rakan baiknya, Erin Malek juga berkahwin awal.

    Bertemu dengan aktres tersebut ketika majlis pelancaran drama komedi Strawberi & Karipap baru-baru ini, Nelydia menyatakan persediaannya untuk bergelar isteri tanpa wujud rasa sangsi terhadap keremajaan dirinya.

    Kata Nelydia, perkahwinan itu tidak mengenal usia, bahkan terdapat kes remaja belasan tahun yang mendirikan rumah tangga kekal bahagia sehingga ke anak cucu.

    Kalau kita lihat semula puluhan tahun lalu, datuk nenek kita berkahwin agak awal di usia mereka boleh dikatakan mentah. Akan tetapi mereka masih boleh menempuhi alam perkahwinan dengan jayanya dan mengecapi nikmat bahagia.

    “Berjaya atau tidak sesuatu perkahwinan itu terpulang kepada empunya badan yang mengendalikan bahtera perkahwinan mereka. Jika baik dan betul jalan yang dipilih, insya-Allah baik jugalah balasan yang bakal diterima,” katanya berbicara tentang kebahagiaan suami isteri.

    Tambahnya lagi, usia muda tidak semestinya kurang matang kerana kematangan itu boleh diperoleh menerusi pelbagai pengalaman. Perkahwinan di usia muda membentuk keperibadian yang lebih matang untuk menempuhi fasa seterusnya dalam rumah tangga.

    Contoh terdekat adalah Erin, saya mengenalinya agak lama. Dia memang seorang yang tidak kisah untuk ambil risiko, mudah membuat keputusan sendiri walaupun ada risiko tertentu yang perlu dihadapinya.

    Keputusan untuk berkahwin pun dia tentukan sendiri dan baru dirujuk kepada ahli keluarganya. Bagi saya pemikirannya cukup matang dan saya cuba untuk menjadi sepertinya, berani mengambil risiko. Alhamdulillah, saya lihat Erin bahagia dengan perkahwinannya dan memberikan sesuatu yang positif.

    “Akan tetapi, kadang-kadang saya gemar merujuk apa-apa keputusan sekalipun dengan ibu bapa. Sebab saya rasa ada baiknya menjadikan kata-kata mereka sebagai rujukan demi kebahagiaan mendatang,” katanya yang melihat lebih banyak nilai positif dalam perkahwinan usia muda.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan