• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ERRA FAZIRA JATUH CINTA LAGI?


    Berbicara mengenai kehidupan peribadinya, Erra Fazira mengakui dia kini sedang berada di fasa perkenalan dengan seseorang.


    Namun, bagi Erra, buat masa ini biarlah dia merahsiakan siapa lelaki itu kerana tidak mahu mendedahkan sesuatu yang bukan konkrit.

    “Saya akan dedahkan siapa lelaki itu jika ada jalan menuju ke arah perkahwinan. Buat masa sekarang, tidak elok untuk saya dedahkan,” jelasnya.

    Tambah Erra, buat masa sekarang apa yang penting ialah kesefahaman antara satu sama lain dan dia tidak langsung mengejar lelaki yang berharta mahupun suami orang.

    Dengan statusnya kini yang mempunyai seorang anak, jelas Erra tidak molek untuk dia menjaja kisah hubungan cintanya dengan mana-mana lelaki. Isu berkenaan dilihat agak sensitif bagi Erra, apatah lagi dalam usia sekarang yang sudah menjejaki tangga 41 tahun.

    “Ada banyak hati yang saya perlu jaga sekarang. Tidak boleh bercerita sewenangnya. Lagipun saya berkawan bukan kerana mahu mencari publisiti,” ujarnya.

    Menambah bicara, jelas Erra, mereka selalu berhubungan melalui telefon dan jarang sekali bersua muka. Malah, untuk berjumpa sebulan sekali pun terlalu sukar.

    Ditanya tidakkah rasa rindu menyelinap dek kerana jarang berjumpa, Erra tersenyum dan mengatakan fasa kini bukanlah fasa bercinta.

    “Hubungan saya bukanlah cinta yang berbunga-bunga macam dahulu. Apatah lagi sudah umur begini. Hubungan itu perlu matang dan bukan seperti waktu kita masih muda. Perlu ada bezanya,” jelasnya.

    Tambah Erra, pengakuan dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang juga sebenarnya bukan mahu mencanang mengenai kisah peribadinya.

    “Saya mengaku kerana tidak mahu dikaitkan dengan individu lain yang akhirnya menimbulkan isu fitnah tidak baik pula terhadap saya. Sekarang saya rasa lebih tenang bila sudah mengaku mempunyai hubungan dengan seseorang,” jelasnya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan