• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    WANITA DI LAMAR DENGAN DUA BITCOIN

    Seorang wanita dari Bulukumba, Sulawesi Selatan dilamar menggunakan dua unit bitcoin bernilai 1.6 bilion rupiah (kira-kira RM451,000).

    Ia sebenarnya permintaan, Bau Tenri Abeng, 31, kepada suaminya Raja Muhammad Hasbi, 47, kerana harga mata wang digital itu dilihat semakin meningkat kebelakangan ini.

    Kompas melaporkan, kisah lamaran menggunakan mata wang kripto itu dikongsikan pemilik akaun Facebook, Milmaya Alkhaerat, pada 6 April lalu yang juga juruacara dalam majlis pernikahan itu.

    "Ya, Tenri dilamar dengan dua unit bitcoin sebagai hadiah. Selain itu, dia turut diberikan tiga bar emas dan perhiasan emas serta persalinan solat," katanya.

    Menurutnya, majlis resepsi diadakan di Makassar dan hanya dihadiri saudara terdekat dan kenalan rapat.

    Sementara itu, Tenri berkata, dia pernah gagal menjadi calon ahli legislatif wilayah Sulawesi Selatan bagi penggal 2019-2024.

    "Selepas mengetahui saya tidak mendapat jumlah sokongan cukup, saya berlepas ke Jakarta," katanya.

    Ketika di Jakarta, dia diajak seorang rakan untuk menceburi perniagaan mata wang kripto.

    Di situ, dia bertemu dengan suaminya dan dilamar selepas berkenalan selama lebih setahun. Tenri mengikut suaminya tinggal di Jakarta dan pasangan itu merancang berbulan madu di Jogjakarta.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan