• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    KUMPULAN ELITE NAFI SINGLE TERBARU HANYA TEST MARKET


    Kumpulan Elite mengaku semakin dikenali dalam kelompok generasi muda selepas menyertai sebuah program realiti popular.

    Meskipun tersingkir pada minggu ketiga minggu lalu, Elite yang dianggotai Azza, Linda Rafar dan Shasha Saidin tetap optimis untuk mewarnai industri hiburan selepas ini.

    “Impak program realiti memang kuat kerana ramai yang menegur dan memberi sokongan kepada kami terutama ketika di luar.

    “Ramai yang datang menyapa dan bergambar. Jadi, sokongan yang diberikan ini secara tidak langsung menyuntik semangat kami untuk terus berjuang dalam bidang nyanyian,” kata Linda Rafar.

    Sambung Linda, penyingkiran tidak bermakna rezeki mereka terhenti di situ sebaliknya ia baru bermula.

    “Kami reda meski sedikit terkilan kerana banyak ilmu yang diraih sepanjang menyertai program ini.

    “Bagaimanapun, syukur rezeki kami semakin murah apabila banyak menerima undangan menjayakan persembahan sehingga tahun depan,” katanya.

    Lebih menarik, Linda turut berkongsi Elite ada dilamar menjadi duta produk.

    “Ada beberapa syarikat melamar kami untuk jadi duta tetapi semuanya masih dalam perbincangan.

    “Seronok sebenarnya apabila khalayak mula kenal dan minat dengan lagu yang pernah kami bawakan dulu,” katanya.

    Sementara itu, Azza berkata Elite bakal muncul dengan single baru tidak lama lagi berikutan ramai peminat tidak sabar menanti.

    “Kami masih menunggu lagu yang sesuai dengan imej dan penampilan baru kami.

    “Insya-Allah kami masih mengekalkan genre pop tetapi konsep yang bakal ditampilkan itu mungkin sedikit berbeza.

    “Ia perlulah bersesuaian dengan status, umur dan imej yang kami bawakan,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan