• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    PENDARAHAN DALAM OTAK PUNCA IMAM MUDA AMIRIL MENINGGAL DUNIA


    PENDAKWAH yang juga merupakan bekas peserta program Imam Muda (musim Pertama), Amiril Md Banin atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Miril, 33, dilaporkan meninggal dunia.

    Arwah yang meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki berusia lima dan dua tahun ini mengalami pendarahan otak dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (HTAA) pada 6.45 petang Rabu.

    Menurut perkongsian sahabat baiknya, Imam Muda Asyraf di laman Instagram, jenazah Allahyarham dibawa pulang dari HTAA ke rumah keluarganya di Ampang Selangor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Permai.

    “Kematian yang baik. Kau akhiri hidupmu dengan puasa di Bulan Haram. Setelah zikir dan ceramahmu pada malam terakhir hayatmu begitu suram.

    “Jemaah sudah mengetahui bahawa kau sedang bertarung kesakitan. Kerut di dahi. Membuktikan kau memaksa diri hadir memenuhi hajat jemputan.

    “Didoakan semoga arwah bersama para solihin, isteri dan dua orang anaknya yang masih kecil diberikan kekuatan. Kami bersaksi Ya ALLAH arwah insan yang baik,” luah Imam Muda Asyraf.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan