• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    BENARKAH ARTIS K-POP SEMAKIN PARAH??


    Annyeonghaseyo! Penyalahgunaan dadah cukup ditegah dalam kalangan selebriti Korea Selatan. Sekali terjerumus pasti reputasi bertukar buruk.

    Beberapa bulan lalu, penyanyi rap CJamm ditahan selepas memiliki ganja. Dia turut didakwa atas tuduhan pengambilan dadah itu di sebuah kediaman di Seoul.

    Pihak pendakwaraya kes berkenaan meminta penyanyi rap berkenaan dipenjara selama dua tahun selain membayar denda berjumlah RM61,000.

    Denda itu diminta disebabkan ia berpatutan dengan kes membuat urus niaga dadah secara haram. Pendakwaraya menjelaskan tindakan keras itu dibuat selepas meneliti tempoh kesalahan CJamm.

    “Kami memutuskan untuk berkeras dengan denda itu mengambil kira kesalahan yang dilakukannya agak lama selain meneliti refleksi jujur diberikannya,” kata pendakwaraya.

    Sewaktu sesi soal siasat, penyanyi berkenaan mengakui mengambil dadah atas sebab dia percaya ia mampu membantunya menghasilkan muzik.

    “Saya ingatkan ia akan membantu apabila membuat muzik,” katanya.

    Sewaktu perbicaraan, CJamm kelihatan begitu gementar apabila menjelaskan motif di sebalik melakukan jenayah itu. Dia kemudian memberi alasan konkrit dan meminta maaf kepada ibu bapanya.

    “Saya mulakannya disebabkan saya sangka ia akan mengurangkan tekanan. Bagaimanapun, sekarang saya rasa itu semua cuma alasan bodoh.

    “Saya berjanji tidak akan terbabit dan melakukan jenayah ini lagi. Saya minta ampun, ayah dan ibu,” katanya.

    Peguambela CJamm mendedahkan penyanyi itu sebenarnya pernah menyertai program pemulihan sebelum dia diberkas. Dia juga minta kelonggaran untuk keputusan akhir hukumannya kelak.

    “CJamm mengaku dan menyesali jenayah yang dilakukannya sejak siasatan dimulakan. Dia usahakan sendiri masuk program pemulihan walaupun sebelum dia ditahan.

    “Saya minta anda mempertimbangkannya disebabkan ia pertama kali dia terbabit dalam kes jenayah. Rekod sosialnya selama ini juga bersih,” katanya.

    Perbicaraan akhir CJamm bakal berlangsung pada 10 Ogos ini.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan