• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    STEADY FATHIA LATIFF!!


    Pelakon cantik Fathia Latiff mendedahkan dirinya pernah mengalami kemurungan teruk kerana dikecam dan dicaci.

    Perasaan terbabit muncul selepas Fathia menujukkan sokongan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) sebelum ini.

    "Saya bersyukur apabila keperitan yang dilalui sudah berakhir dan berharap tiada sesiapa yang akan melalui pengalaman yang sama.

    "Saya pernah alami kemurungan yang teruk sebab bukan seorang dua yang hentam tapi beribu-ribu orang. Ketika itu saya tidak faham apa salah saya.

    "Luahan saya di laman sosial itu disebabkan terlalu kagum dan minat dengan Tun Mahathir. Saya tidak berniat untuk memasuki dunia politik pun," katanya.

    Tambah Fathia, dia percaya semua perkara yang terjadi ada sebabnya.

    "Saya percaya semua yang terjadi ada hikmah dan alhamdulillah, Allah membantu dan keluarga pun beri sokongan.

    "Saya berharap dan berdoa agar tidak ada sesiapa yang akan lalui keperitan seperti saya," katanya lagi.

    Sebelum ini, Fathia dilihat lantang bersuara memberi pendapat dan sokongan kepada Tun Mahathir yang ketika itu memihak kepada pembangkang.

    Pilihan Raya Umum ke-14 menyaksikan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun M mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas 60 tahun Barisan Nasional memerintah.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan