• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    NELYDIA SENROSE TERIMA CINCIN DARI MR. H?


    Nelydia Senrose mengaku gambar cincin dimuat naik di laman sosial Instagram baru-baru ini adalah pemberian istimewa daripada kekasihnya, Mr H atau lebih dikenali sebagai Hafiz.

    Bagaimanapun, pelakon drama rantaian, Lafazkan Kalimah Cintamu ini menafikan cincin terbabit sebagai signal dia sudah dirisik atau bertunang dengan jejaka terbabit.

    “Kalau ditanya mengenai gambar cincin yang dimuat naik baru-baru ini, itu adalah adalah pemberian seseorang. Tapi saya belum dirisik atau bertunang.

    “€œApa yang boleh saya kongsi, kami masih dalam fasa berkenalan. Hubungan kami masih baru dan mengharapkan pengakhiran yang baik,” €katanya ditemui di Shah Alam.

    Terdahulu Nelydia memuat naik foto cincin dan memuat naik kapsyen mengambarkan kini sedang melalui fasa bahagia hingga menimbulkan pelbagai spekulasi netizen.

    Ditanya bagaimana mereka berkenalan, Nelydia berkata, dia mengenali Hafiz menerusi seorang rakan.

    "Kami berkenalan belum sampai setahun. Kenal daripada kawan-kawan juga tapi bukan Jejai yang kenalkan.

    “€œSaya harap semua doakan yang baik-baik untuk hubungan ini,”€ katanya yang memberitahu Hafiz adalah seorang ahli perniagaan dan berasal dari Pantai Timur.

    Menyifatkan dirinya sedang melalui fasa bahagia, Nelydia secara profesional juga akan memberitahu semua orang andai selepas ini, dia akan melangkah ke fasa yang lebih serius selepas ini.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan