• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    SHAHROL SHIRO PULA DIMASUKKAN KE HOSPITAL


    ANGGOTA kumpulan lawak Shiro, Shahrol Azizie Azmi dimasukkan ke hospital kerana keadaannya yang kurang sihat.

    Berita tersebut disampaikan menerusi entri terbaru di laman Instagram milik stesen radio Best FM, @bestfmmalaysia.

    "@shahrol_shiro tak dapat bersama #SquadPagiBest untuk hari ni sebab kurang sihat. Kita sama-sama doakan dia cepat pulih seperti biasa supaya boleh kembali bertugas dan meriahkan pagi kita macam selalu," tulis stesen radio tersebut.

    Shahrol kini bertugas sebagai salah seorang penyampai Best FM yang mengendalikan Squad Pagi Best bersama Kak Girl dan Zairi.

    Beberapa hari lalu, seorang lagi anggota kumpulan Shiro, Mohamad Hanafi Razak atau Ajak, 32 tahun, dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan akibat tidak cukup rehat.

    Keadaan Ajak difahamkan semakin pulih dan dia dijangka akan keluar hospital dalam masa terdekat.

    Dalam perkembangan lain, kumpulan Shiro bakal muncul dalam pementasan Lawak Ke Der 2018 yang bakal berlangsung pada 29 sehingga 31 Mac ini.

    Selain Shiro, pentas Lawak Ke Der 2018 yang dihoskan oleh Shuk SYJ dan Sherry Alhadad ini turut dimeriahkan dengan penampilan Datuk Afdlin Shauki, Gurmit Singh dan penampilan istimewa, Datuk Zainal Abidin.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan