• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    SUFIAN TANYA TENTANG CINCIN?


    Media hiburan tempatan yang digemparkan dengan spekulasi status pertunangan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya terjawab selepas ibu pelakon wanita itu, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan Suffian sudah putus kepada sebuah agensi berita hari ini.

    Bagaimanapun menurut sumber yang boleh dipercayai ketika dihubungi menjelaskan, sukar untuknya menanyakan perkara yang menyentuh hal peribadi Sufian, namun jika benar 'putus', mengapa cincin tidak dipulangkan? kata Sufian kepada sumber itu.

    "Belum ada maklum balas daripada keluarga Sufian mengenai hal itu malah, hubungan Sufian dan Elfira masih OK dan tidak cetus pergaduhan atau sebaliknya," kata sumber itu lagi.

    Jelas sumber berkenaan lagi, buat masa ini Sufian baik-baik sahaja dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi walaupun terpalit isu tersebut.

    Penyanyi yang popular dengan lagu 'Terakhir' itu khabarnya  tetap menerima dan meneruskan persembahan nyanyian di beberapa lokasi, antaranya Kuala Lumpur dan di Johor Bahru.
    Namun sumber itu berkata jika ditakdirkan masih ada jodoh antara kedua-duanya, mereka tetap akan disatukan juga satu hari nanti.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan