• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    RAJA ILYA TAK SUKA KEPOH KEPOH


    PELAKON Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad lebih selesa berdiam diri dari terus berkongsi maklumat baharu mengenai pembabitannya dalam filem adiwira terbitan Marvel.

    Berkongsi berita itu pada tahun lalu, ada segelintir netizen yang menganggap wanita itu menipu kerana sehingga ke hari ini belum ada sebarang perkembangan terkini mengenai projek berkenaan.

    "Saya tidak mahu komen apa-apa. Mereka boleh lihat Instagram bila saya akan pergi ke sana.

    "Lebih baik diam dan berkongsi dengan orang-orang yang akan memberikan sokongan dan sayang saya. Golongan yang mengecam ini bukan mahu sokong pun, jadi tidak ada guna saya bercerita lebih banyak," katanya.

    Tambah Ilya lagi, dia sekadar berkongsi cerita gembira, namun tidak sangka apabila ada individu tertentu yang mempertikaikan projek terbabit.

    "Semua sudah jadi keyboard warrior. Lain yang saya cakap, lain pula yang mereka faham," kata wanita berusia 32 tahun itu.

    Terdahulu, Ilya menerima tawaran berlakon dalam naskhah Hollywood pertamanya. Terikat dengan kontrak, wanita itu enggan berkongsi maklumat selanjutnya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan